Kari Ikan Sembilang Abu Dhabi


Semasa bercuti di Malaysia baru-baru ini, kami sekeluarga sempat menikmati kari ikan sembilang di sebuah restoran, kebetulan semasa membeli ikan di pasar Abu Dhabi kelmarin ternampak ada ikan sembilang dijual disini. Selidik punya selidik rupanya dari Mesir. Inilah hasilnya... Selamat mencuba!

Bahan-bahan:
  • 1 ekor ikan sembilang
  • 5-6 biji bendi
  • 1 biji tomato ~ belah 4
  • 1 peket kecil@ 2 sudu besar rempah kari ikan
  • 1 sudu kecil halba campur
  • 1 keping asam keping/gelugur
  • 1 cawan santan pekat
  • Air secukupnya
  • Garam dan gula
  • Minyak untuk menumis.


Bahan tumis:
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis,bunga lawang,bunga cengkih & pelaga)
  • 1/2 inci halia ~ hiris halus
  • 3 ulas bawang putih ~ hiris nipis
  • 1 biji bawang besar ~ hiris nipis
  • 1 tangkai daun kari

~ Panaskan minyak dan gorengkan semua bahan sehingga garing. Angkat dan ketepikan.

Bahan tumbuk/kisar:
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 biji bawang besar
  • 1 cm halia.


Cara penyediaan:
  1. Perap ikan dengan garam dan asam(saya guna cuka) lebih kurang 10 minit dan kemudian cuci sehingga bersih.
  2. Dengan menggunakan minyak menggoreng bahan tumis, gorengkan halba campur dan bahan tumbuk/kisar sehingga garing.
  3. Masukkan rempah kari dan sedikit air. Kacau rata dan biarkan sehingga rempah pecah minyak dan kari betul-betul masak. 
  4. Masukkan santan pekat dan air secukupnya(untuk kuah), biarkan mendidih sebentar.
  5. Kemudian masukkan ikan sembilang, asam keping dan bendi, kecilkan api dan biarkan kuah mendidih sehingga ikan masak.
  6. Masukkan garam, gula dan tomato, biarkan seketika. Tutup api dan masukkan bahan tumis yang telah digoreng tadi. Kacau sekejap dan sedia untuk dihidang. 


Ikan sembilang dan bahan rencah

Halba campur

Rempah 4 sekawan,bawang putih,bawang besar dan halia yang telah digoreng


Kari ikan sembilang..

7 ulasan:

Munira Md Zin berkata...

Sedapnya tengok..terliur..

umi adam faris berkata...

klu buat kari kepala ikan macam ni jgak ke???

resepi.org berkata...

Berselera makan ni.Nak tambah lagi kak.Haha

Dalila Yusof berkata...

saya tak pandai masak guna rempah ni..pandai awak masak..jemput datang ke blog saya saya masak nasi arab ...
http://dalilayusof.blogspot.com/2014/06/mudahnya-memasak-nasi-arab-hanya-di.html

lutfi Ahmad berkata...

mantaf

lia ummiirfan berkata...

huiyooo.. sedapnya .. selalunya saya masak asam pedas ikan ni.. boleh try kari lak pasni.. hihi..

Lets Masak berkata...

Assalamualaikum wrt wbt,

Pertama sekali, ingin kami memohon maaf kerana meninggalkan komen ini di blog anda dan tindakan ini boleh disalah anggap seolah-olah seperti spam dan kurang professional. Tujuan komen ini adalah untuk menyebarkan berita baik tentang pelancaran laman web Letsmasak.com.

Letsmasak.com merupakan sebuah laman web resipi yang mempunyai pelbagai fungsi media sosial yang menarik. Melalui Letsmasak.com , komuniti pengguna dapat memanfaatkannya sebagai sebuah platform untuk berkongsi resipi, ilmu dan tip-tip masakan agar dapat dimanfaatkan oleh semua. Dengan design yang kemas, mesra pengguna, serta komuniti yang interaktif dan proaktif, Letsmasak.com sudah pastinya sangat selesa digunakan oleh para pengguna sebagai personal-recipes-composer. Dengan rendah hati kami ingin menjemput anda untuk bersama menyertai komuniti kami dalam menyumbangkan ilmu melalui platform Letsmasak.com.

Untuk mendaftar, anda boleh berbuat sedimikian melalui url tersebut:
http://letsmasak.com/register

Oleh kerana masih tidak ramai yang tahu tentang kewujudan Letsmasak.com ini, maka kami ingin memohon jasa baik anda sekiranya sudi untuk menulis entry review tentang Letsmasak.com di blog ini. Kami amatlah menghargainya.

Kami memohon maaf sekali lagi atas tindakan ini. Kami amat berharap agar komuniti Letsmasak.com akan berkembang justeru dapat dimanfaatkan oleh semua.


Ikhlas daripada,
Letsmasak.com

Related Posts with Thumbnails

Resepi Raidah © 2013. Blog Dikendalikan Oleh SyurgaDiDunia.